ORANG MELAYU MEMELUK ISLAM TANPA PAKSAAN
Sesungguhnya bangsa Melayu adalah antara bangsa yang terpilih oleh Allah untuk memeluk agama Islam dengan mudah tanpa pertumpahan darah. Sebenarnya, ada banyak faktor yang membawa kepada bangsa Melayu memilih Islam sebagai agama dan cara hidup mereka.
#TakkanMelayuHilangDibumi
1) Bangsa Melayu adalah bangsa kerohanian, sehinggakan semasa Yi Jing datang ke sini dalam perjalanannya ke India, Yi Jing habiskan masa selama 6 bulan mendalami agama Buddha dan bahasa Melayu sebelum ke India. Dalam rekod Yi Jing, ada lebih 1,000 biksu Buddha yang wujud di Ibukota Srivijaya menunjukkan kuatnya semangat kerohanian dan beragama dalam bangsa Melayu.
2) Aliran Buddha Vajrayana, Aliran yang popular dalam kalangan bangsa Tibet dikatakan berasal daripada pengetahuan dan pengalaman kerohanian orang Melayu yang diterjemahkan oleh Dharmakirti, pendita agung kerohanian Buddha di Nalanda, dikatakan berbangsa Melayu dan berasal dari Srivijaya. Fahaman ini dipercayai dibawa oleh Atisa ke Tibet, setelah berguru dengan Dharmakirti ini.
3) Semangat kerohanian bangsa Melayu ini menjadikan kepercayaan kepada Satu Tuhan Yang Maha Esa itu lebih dekat dengan agama Islam. Pada abad ke-10M, bangsa Melayu sangat terkenal sebagai bangsa yang mempunyai nilai kerohanian yang tinggi.
4) Melalui rekod Yi Jing (yang habiskan masa 2 tahun di Srivijaya selepas kembali dari India), bangsa Melayu ini mempunyai nilai toleransi yang tinggi dan sangat beradab.
5) Nilai-nilai murni bangsa Melayu yang sedia ada berperadaban tinggi seperti rendah diri, bertoleransi, berhemah tinggi, lemah lembut, berbudi bahasa sangat sesuai dengan acuan agama Islam.
6) Falsafah bangsa Melayu sangat tinggi dan menghampiri dengan falsafah Islam.
7) Pada tahun 718M, Raja Melayu yang bernama Indravarman saling berutusan surat dengan Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umayyah yang sangat terkenal untuk menghantarkan guru agama Islam. Beliau dipercayai memeluk Islam.
8) Pendakwah yang datang ke tanah Melayu ini menggunakan pendekatan Sufism dan memperhalusinya dengan budaya Melayu yang sememangnya berperadaban tinggi.
9) Koloni-koloni Melayu Islam mula tumbuh di sini, tetapi tidak terlalu banyak.
10) Agama Islam menjadi agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka, dan dari sini bermulanya penyebaran Islam secara besar-besaran di seluruh Kepulauan Melayu....
11) Bangsa-bangsa Melayu memeluk Islam tanpa paksaan
-GTZ-
Kredit: The patriots
Sumber : Fanpage Kami Budak Melayu Riau